Reaksi Kita Menentukan Perasaan Kita

Rabu, 26 Oktober 2011

Lepaskan Zon Selasa itu....


Untuk kita berjaya, kita tidak seharusnya perdulikan penilaiaan orang lain. Kita harus yakin akan kebolehan diri kita. Kita tidak harus bimbang jika kita tidak dihargai. Kata cerdik pandai, "Jangan bimbang jika tidak dihargai tetapi bimbanglah jika benar-benar kita sudah tidak berharga lagi." Kita yang sebenarnya menentukankan diri kita sendiri, sama ada berharga aatau tidak lagi. Kita kita berfikir kita tidak berharga, itulah yang akan berlaku pada diri kita. Orang lain tidak akan dapat menentukan diri kita jika kita sendiri tidak membenarkannya. Sebaliknya kitalah yang akan menentukan diri kita sendiri.

Isnin, 3 Oktober 2011

Tiada akal untuk membatas diri

Kita mengkaji untuk mendapat keputusan. Bilik makmal menjadi medan. Kita terlupa akan akal yang membatas diri. Jika kita masih ingin menguji untuk mendapat keputusan, maka kita terlupa akan akal yang membatas diri. Kita perlu merenung, berfikir.....

Ahad, 4 September 2011

KEIKHLASAN MEMBERI DAN MENERIMA.

KEIKHLASAN membawa pengertian kejujuran iaitu sesuatu tindakan yang dilakukan untuk mencapai sesuatu tujuan tanpa mempunyai niat yang lainDalam proses pembelajaran keikhlas merupakan tindakbalas yang tidak memerlukan apa-apa tekanan untuk belajar. Tekanan daripada ibu bapa dan guru-guru. Kesedaran untuk membaiki diri untuk menjadi lebih hebat. Semestinya datang dalam diri sendiri. Kita harus berani menghadapi kenyataan dan kebenaran kerana kebenaran itu mampu memberi pengajaraan dan bimbingan. Manakala seseorang yang takut kepada kebenaran akan mencari helah untuk melakukan penipuan. Keikhlasan mampu meningkatkan kemajuan diri sedangkan penipuan menghancurkan kehidupan.

Rabu, 31 Ogos 2011

Buah yang dilupakan.................





Mungkin ramai generasi baru kini tidak tahu akan buah ini. Jauh sekali pernah memakannya. Sama jugalah nasibnya kad hari raya, sudah jauh ditinggalkkan tradisi, mengirim kad raya. Sampai satu masa nanti akan pupus tradisi ini. Hari raya ini mengimbau kenangan membaling buah ini. Berbekalkan sebatang kayu. Dengan tenaga yang ada membaling untuk menjatuhkan buah ini yang jauh dipuncak pokok. Untuk memanjat, pastinya sukar dengan batang yang besar. Siapa yang dapat menjatuhkan buah ini dengan banyak, dialah yang paling hebat. Malah ada yang lebih kreatif menggunakan batang besi yang dikerat. Itulah keseronakkan anak-anak kampung. Masa telah berlalu, masa juga yang banyak mengubah segalanya. Hari ini tugas kita untuk mengenalkan pula kepada anak-anak kita. Ini buah apa ayah...jawapan ku "Buah Sentul".

Ahad, 21 Ogos 2011

Berani Hadapi Kegagalan....

Kalah atau menang bukanlah urusan kita, tetapi yang penting adalah kemapuan kit untuk mengmbil manfaat dari setiap kejadian yng menimpa kita. Walaupun sering ditimpa kegagalan, kita harus sentiasa memiliki semangat untuk bangun semula, berani untuk mengharungi kegagalan. Kita harus mengenal potensi dan menghargai diri sendiri. Kita juga harus kenal dan mencari punca-punca kita sering gagal. Kegagalan lebih banyak memberi manfaat kepada kita untuk menuju kejayaan. Kegagalan merupakan pengalaman yang bermanafaat.

Selasa, 2 Ogos 2011

Tinggalkan hasad....pupuk kehormonian.

Hasad boleh difahami pada pengertiannya ialah hati rasa derita atau tidak senang dengan nikmat dan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain dan dia berusaha untuk menghilangkan nikmat daripada orang tersebut.Orang yang mempunyai hasad akan sentiasa dipanggang keresahan yang sangat menyeksakan. Kesan daripada hasad akan lahirlah dendam kesumat, umpat kata, fitnah dan adu domba serta seribu satu macam kejahatan yang akan memporak-perandakan kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Oleh itu marilah kita berusaha membebaskan hati dari penjajahan hasad dan kedengkian. Kita harus membina kesejahteraan dan menyuburkan mahmudah dan ketakwaan. :Tingggalkan sifat hasad, nescaya tenanglah hatimu".

Ahad, 17 Julai 2011

Bataskan Diri dalam Gurau Senda

Bergurau senda mampu merapatkan hubungan sesama insan. Namun begitu kadangkala gurau senda juga akan membawa malapetaka kepada sesoarang insan. Bergurau senda boleh membawa hati yang lara menjadi ceria. Gurauan melalui perkataan dan perbuatan akan dapat menceriakan seseorang. Bergurau senda membawa bahagia tetapi tidak kurang juga membawa bencana. Jadi marilah kita bersama-sama berwaspada dalam bergurau. Kita harus bersederhana dalam setiap hal, itu adalah lebih baik.