Isnin, 8 April 2019
Sampah
Ku lihat kanak-kanak itu berlari.....
Mengejar lori sampah,
Penuh sarat segalanya,
Tiada yang menjijikkan
Juga tidak meloyakan.
Cebis roti dimakan, air kotak disedut
Untuk menghilangkan lapar dan dahaga.
Dengan sampah mereka hidup,
Timbunan sampah dunia mereka,
Siapa kata mereka sampah,
Tidak pernah mengemis,
Jauh pula untuk meminta-minta.
Cuma dalam hidup ini,
Aku sering bertanya.
Siapa sampah sebenarnya.......
Langkah ini akan bermula semula......
Entah kenapa tiba-tiba terdetik semula untuk menulis. Banyak rakaman pengalaman yang hendak dikongsi. Tidaklah hebat, hanya sekadar catatan biasa untuk diri yang biasa ini. Kadang kala idea yang terlintas, hanya sekadar rakaman dalam diri sendiri. Kadang kala kita terasa jahil akan sesuatu ,namun bak kata ahli hikmah, "Biarlah terasa jahil untuk seketika daripada jahil buat selamanya". Dalam membuat keputusan kita harus percaya dalam diri sendiri. Bukan untuk menegakkan benang yang basah namun seperti kata Hamka, "Orang yang percaya kepada dirinya sendiri tidak berasa hina apa yang dikerjakannya, bahkan dia ingin beroleh kemajuan dalam pekerjaannya itu".
Ahad, 23 April 2017
Kesabaran itu ada hikmahnya....
Kesabaran itu ada hikmahnya. Kadangkala kita akan diuji dengan pelbagai perkara,namun berkat kesabaran, kita akan mampu mengatasinya.
Ahad, 17 Ogos 2014
Emosi.......
Keberkesanan dan keberkatan masa akan memberikan kesan kepada emosi. Emosi menentukan interpretasi - interpretasi menentukan tindakna-tindakan menghasilkan hasil kehidupan. Kalau emosi tidak tenang atau negatif keyakinan diri akan turut hilang. Kalau emosi gembira atau positif, kita akan berasa sesuatu yang kita lalui sebagai menyeronakkan dan terasa begitu cepat masa berlalu.
Jumaat, 25 Julai 2014
Tiada Bakat Tidak Boleh Berjaya?
Bakat bukanlah menjadi prasyarat utama untuk manusia berjaya dalam hidup, sebaliknya dan latihan berterusan yang membuatkan manusia berada dipuncaak kejayaan. Faktor yang menyebabkan manusia tidak berjaya adalah mreka kurang sabar iaitu mereka mahukan kesan yang pantas. Apabila mereka tidak nampak hasil dalam masa yang singkat, mereka akan berputus asa. Semua daripada kita berbakat.....jadi tonjolkan bakat anda untuk kebaikan................
Sabtu, 2 Februari 2013
Terima kasih anak-anak ayah....
Terima kasih anak-anak ayah kerana mengingati hari kelahiran ayah yang ke-44. Ingatan ini sungguh besar maknanya bagi ayah. Banyak perkara yang ayah belajar. Walaupun dalam ketawa menerima hadiah tapi ada besar maknanya yang hanya ayah yang dapat menyelaminya. Hebat perasaan sebagai seorang ayah.....hanya orang yang bergelar ayah akan memahaminya.....Terima Kak Long, Angah dan Adik Aiman. Terima kasih mama..............sukar untuk ungkapkan...
Langgan:
Catatan (Atom)
