Sebenarnya tiada murid yang dilahirkan tidak pandai. Semua murid memang pandai. Cuma tahap kepandaian setiap murid memang berbeza. Setiap murid mempunyai kelebihan masing-masing yang sebenarnya saling melengkapi. Mungkin ada yang bijak dalam bidang pelajaran dan ada yang mahir dalam bidang permainan. Setiap kelebihan perlu dicungkil serta diasah agar kelebihan ini dapat memberi manafaat kepada diri serta orang lain. Kekurangan diri kita sendiri harus dilengkapkan dengan kelebihan orang lain dan sebaliknya.
Rabu, 10 April 2019
Selasa, 9 April 2019
Ilmu itu perlu diadun......
Berpeluang untuk menghadiri Bengkel Pembelajaran Taradun dalam PdPc BM. Banyak ilmu yang diperolehi dalam suasana yang amat santai. Tiada tekanan. Cuma hari ini agak terkilan apabila beg laptop tertinggal di rumah. Tapi dalam zaman teknologi dihujung jari ini bukan satu masalah yang besar. Telefonkan ada. Gunakanlah.
Jika kita inginkan sesuatu walaupun dalam serba kekurangan kita boleh mengatasinya. Berfikirlah. Dalam hidup kadang kala kita banyak memberi alasan. Alasan untuk menutup kekurangan. Semua manusia memang ada kekrangan tapi itu bukan alasan untuk kita ketinggalan.
Isnin, 8 April 2019
Sampah
Ku lihat kanak-kanak itu berlari.....
Mengejar lori sampah,
Penuh sarat segalanya,
Tiada yang menjijikkan
Juga tidak meloyakan.
Cebis roti dimakan, air kotak disedut
Untuk menghilangkan lapar dan dahaga.
Dengan sampah mereka hidup,
Timbunan sampah dunia mereka,
Siapa kata mereka sampah,
Tidak pernah mengemis,
Jauh pula untuk meminta-minta.
Cuma dalam hidup ini,
Aku sering bertanya.
Siapa sampah sebenarnya.......
Langkah ini akan bermula semula......
Entah kenapa tiba-tiba terdetik semula untuk menulis. Banyak rakaman pengalaman yang hendak dikongsi. Tidaklah hebat, hanya sekadar catatan biasa untuk diri yang biasa ini. Kadang kala idea yang terlintas, hanya sekadar rakaman dalam diri sendiri. Kadang kala kita terasa jahil akan sesuatu ,namun bak kata ahli hikmah, "Biarlah terasa jahil untuk seketika daripada jahil buat selamanya". Dalam membuat keputusan kita harus percaya dalam diri sendiri. Bukan untuk menegakkan benang yang basah namun seperti kata Hamka, "Orang yang percaya kepada dirinya sendiri tidak berasa hina apa yang dikerjakannya, bahkan dia ingin beroleh kemajuan dalam pekerjaannya itu".
Ahad, 23 April 2017
Kesabaran itu ada hikmahnya....
Kesabaran itu ada hikmahnya. Kadangkala kita akan diuji dengan pelbagai perkara,namun berkat kesabaran, kita akan mampu mengatasinya.
Ahad, 17 Ogos 2014
Emosi.......
Keberkesanan dan keberkatan masa akan memberikan kesan kepada emosi. Emosi menentukan interpretasi - interpretasi menentukan tindakna-tindakan menghasilkan hasil kehidupan. Kalau emosi tidak tenang atau negatif keyakinan diri akan turut hilang. Kalau emosi gembira atau positif, kita akan berasa sesuatu yang kita lalui sebagai menyeronakkan dan terasa begitu cepat masa berlalu.
Langgan:
Catatan (Atom)
