Reaksi Kita Menentukan Perasaan Kita

Selasa, 26 Oktober 2010

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ISTERIKU


Selamat hari ulang tahun yang ke-41 buat isteri yang disayangi. Semoga bertambahnya usia makin kuat ikatan kasih sayang antara kita bersama putera dan puteri pengikat kasih sayang. Tiada hadiah yang istimewa hanya doa penghubung cinta, pengubat rasa bila hati terleka dan berkata-kata.SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.

Ahad, 3 Oktober 2010

Tak perlu bermain api.....


Tidak perlu menduga, juga tidak perlu bermain api yang kala kecilnya menjadi kawan. perkara yang dirasakan main-main, tiada apa-apa, akhirnya menjadi barah yang berpanjangan.Kadang kala perkara yang yang dirasakan tiada apa...tetapi akhirnya menjadi ada apa. Kesetiaan, kejujuran jangan disukat. Kejujuran perlu dalam segala perkara....

Sabtu, 2 Oktober 2010

Penyu Menangis Siapa Yang Tahu......


Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)
Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)
Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur
Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)
Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang tak tahu)
Ulang


(Taburkanlah segenggam salji pada secubit api,Insya-Allah, cinta itu akan semarak kembali!

Khamis, 30 September 2010

Bila Hati Berbicara....


Bila hati berbicara pasti perlu berlandaskan keimanan. Bicara hati apabila melihat perbuatan yang tak diduga. . Timbul rasa untuk berbicara, kadang kala terpaksa memujuk rasa lalu berkata hati, hati penuh dengan rasa , penuh dengan curiga. Rasa terseksa bila hati berbicara. Ada kata yang tak sanggup dirasa, kerana bukan hak untuk diterima. Kerana ada batasannya untuk berkata...jika itu bukan empunya....

Khamis, 16 September 2010

Ketabahan dan ketakwaan diri

Ketabahan dan ketakwaan diri
apabila diuji dengan dugaan....

Sahabat yang dikasihi, sesungguhnya sesudah kesulitan it pasti ada kemudahan. Setelah titisan airmata pasti ada senyuman dan setelah malam akan datang siang, segala masalah pasti teratasi dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau akan diganjari pahala.
Firman Allah S.W.T :
' janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah ( pula) kamu besedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”
terdapat beberapa amalan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan harian kita :
Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit ucaplah:

Laa Ilaha Illallah-
Tiada Tuhan yang disembah sebenar-benar melainkan Allah

Apabila semua jalan terasa buntu maka fikir-fikirkanlah janji yang ada dalam Alam Nashrah ( surah al-Insyirah), ketakwaan adalah jalan keluar dari kebingungan maka ucaplah :

Inna lillahi aa inna illaihiraji'un-
sesungguhnya dari Allah kita datang dan Sesungguhnya kepada Allah kita kembali.

Dan apabila mengalami kesedihan serta kesakitan maka ucaplah :

Lahaulawala kuwwataillabillah-

Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah.

Berimanlah kepada ketentuan ( qada') dan taktir (qadar) merupakan peranan yang sangat penting dalam membentuk ketenangan hati ketika ditimpa musibah. Tidak semua orang benar-benar kuat menerimanya. Bersyukurlah kepada Allah adalah salah satu perkara yang paling baik dan mudah untuk meraih kebahgiaan dan bebas daripada stress.

Menyimpul yang kusut

Menyimpul yang kusut perlukan masa. Masa akan beredar sering dengan ketabahan dalam lubuk jiwa. Yang penuh dengan rasa yang sukar untuk dirasai. Ketabahan yang perlukan pengorbanan. Pengorbanan yang perlu ketabahan. Seiring, satu jalan satu tujuan juga satu matlamat.Dalam meneroka pengharapan yang berdekad, kesabaran akhirnya dibalas kesyahduan. Tiada yang silap dalam meneroka kisah silam, kisah yang pasti penuh hikmah, penuh kenikmatan yang berlapik onak dan duri kehidupan. Yang akan mematangkan, yang akan menjadi pendinding untuk menuju ke arah hadapan. Sesungguhnya kuasa Allah itu besar dalam mengharungi kehidupan ini.

Rabu, 11 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN

Salam ramadhan kepada semua. Semoga ramadhan kali ini akan memberi sesuatu dalam diri kita. Bukan hanya sekadar menahan nafsu makan, malahan segalanya. Banyak kekurangan yang berlaku dalam diri dan ini lah masanya kita bermusahabah. melihat kekurangan diri yang kadangkala kita tidak pernah sedar. Kita hanya melihat kekurangan orang tetapi diri sendiri jarang untuk diselidiki. Kadangkala kira rasa apa yang kita lakukan biasa tetapi bukan pada orang lain. Jadi apabila kita melakukan sesuatu fikirlah perasaan orang lain...tambahan lagi perasaan orang yang kita sayang.