Reaksi Kita Menentukan Perasaan Kita

Ahad, 27 Mac 2011

Rasa macam bercinta...


Telah lama tidak menulis dalam blog ini , lantaran kerja yang bertimpa, idea yang tandus kering kerana keletihan minda berfikir. Dalam usia yang meningkat meniti hari ke hari. Memang terasa seronak masa bercinta, tak boleh berjauhan pasti terasa rindu. Dalam melayar bantera perkawinan yang telah berusia 16 tahun ini perasaan itu masih seperti dulu, terasa macam bercinta. masih terasa rindu, masih terasa ingin dibelai, masih ingin terasa mendengar kata-kata rindu, kata-kata sayang. Kalau dulu telefon , surat jadi penghubung kini dengan kecanggihan teknologi SMS menjadi luahan rasa yang kadang-kadang sukar untuk diluahkan menyatakan perasaan. Pelikkan tetapi itulah hakikatnya. Hidup ini seperti roda umpama juga diri kita ini, perlu bercinta semula untuk menyemarakkan cinta. Kadang-kadang ditinggalkan kerana urusan tugas akan menjadikan ikatan kasih sayang itu bertambah kuat, umpama masa bercinta....bila berjauhan terasa rindu. Bezanya rindu itu memang pada haknya........

Jumaat, 18 Februari 2011

Perkara yang kita lupakan....

Banyak perkara yang kita alami seketika dahulu kini hanya tinggal serpihan kenangan bagi generasi kini. Kanak-kanak pada hari ini sudah terlalu jauh dengan permainan tradisi. Jika dahulu kita pernah bermain galah panjang. Memang seronak, bersama rakan di waktu petang. Jika musim berubah kami akan bermain pula polis sentry. Memang berharga pengalaman itu. Kanak-kanak zaman dahulu kreatif, bermain perang-perang menggunakan senapang yang dibuat daripada papan. Pelurunya sejenis buah yang dipanggii “terung pipit”. Meredah hutan, meredah sungai, membuat kubu. Penat bermain senapanag patah, bermain pula senapang buluh. Pelurunya pasti buah “cenderai” . Habis baju kalau terkena getah cenderai. Yang hebatnya bunyi senapang buluh itu sungguh menakjubkan. Jika ketika itu sukan hoki sedang berlangsung, maka kayu daripada dahan pokok atau akar kayu digunakan sebagai kayu hoki. Bola hoki pula daripada ‘’tali getah” torehan pokok getah yang dililit sampai bulat. Memang hebat rasanya ketika itu. Dapat menghasilkan permainan dengan hasil kreativiti bersama. Sekarang ini sukar untuk melihat kanak-kanak bermain konda-kondi. Sebatang kayu (dipanggil ibu) yang panjangnya sehasta dan anaknya panjang sejengkal. Jika sekarang kanak-kanak membeli layang-layang tetapi dahulu kami membuatnya sendiri. Menggunakan sehelai surat khabar, lidi, atau buluh dan gamnya pula dari tepung kanji atau pelepah pokok sagu. Sekarang ini agak sukar kalau kita hendak melihat kanak-kanak membuat sendiri gasing. Pastinya dahan pokok limau akan menjadi sasaran. Batang pokok limau ini liat dan sesuai dijadikan gasing. Kalau sekarang kanak-kanak bandar khasnya bermain boling, pada zaman dahulu kanak-kanak bermain boling juga tetapi tin-tin susu dijadikan sasarannya. Pembalingnya pula ialah selipar Jepun. Kreatifkan. Itulah antara kenangan yang sukar untuk kita lupakan semasa bergelar kanak-kanak. Seharusnya sebagai seorang ibu bapa, guru kita harus dedahkan semua ini kepada kanak-kanak generasi ini supaya tidak pupus ditelan zaman……….

Sabtu, 5 Februari 2011

Perihal telur berdiri....





Satu hari saat jamuan menyambut kedatangan Christopher Columbus setelah menemukan Benua Amerika, Cardinal Mendoza dari Sepanyol mengambil telur dari meja dan membuat sebuah tantangan pada para pejabat kerajaan.
"Barang siapa yang dapat mendirikan telur ini di atas meja tanpa bantuan apa-apa akan mendapat hadiah."
Pejabat istana mencuba mencari cara mendirikannya. Tidak ada siapa yang mampu melakukannya, bentuk telur yang bulat oval susah untuk didirikan di atas meja tanpa topangan alat bantu.
Bebeza dengan Christopher Columbus, ia menekan telur sampai agak retak bahagian bawahnya, dan bahagian itulah yang membuat telur dapat berdiri di atas meja.
Para pejabat istana yang melihat meremehkan, mereka mengatakan bahawa bila cara begitu semua orang boleh melakukannya. Cardinal Mendoza tersenyum, lantas berkata,
"Kalian mengatakan seperti itu karena sudah melihat prosesnya. Tapi tahukah kalian bahwa proses itu tidak mudah? Kenapa bukan kalian yang pertama kali melakukan cara ini? Meniru setelah melihat memang mudah, tapi proses memikirkan telur berdiri sampai boleh melakukannya itu yang sukar."

Confusius, seorang Filsuf Cina pernah berkata, ada 3 cara menjalani kehidupan,

Pertama dengan jalan meniru, itu adalah jalan yang paling mudah
Kedua lewat pengalaman, itu adalah jalan yang paling menyakitkan
Ketiga dengan cara merenung dan berpikir, dan itu adalah jalan yang paling mulia
Orang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapan, tetapi hebat dalam tindakan.

Jumaat, 4 Februari 2011

MUHASABAH "JAWATAN" AYAH dan "SUAMI"


Bersama jawatan itu datang tanggungjawab. Semua tanggungjawab itu akan dijawab didepan Tuhan, Allah azza wajalla. Untuk melaksanakan tanggungjawab itu sebagaimana yang Allah kehendaki, sudah tentu memerlukan ilmu. Ilmu yang bersandarkan al -Quran dan hadis.Sekali-sekali datang teguran daripada isteri atau anak, maka si ayah bersyukur kerana itu hakikatnya teguran daripada Allah. Nabi SAW insan pengasih yang selalu memeluk anaknya. Suatu hari seorang Arab Badwi terlihat baginda memeluk dan mencium anaknya, Ibrahim. Dia berasa hairan lalu bertanya kepada baginda, " Aku memiliki ramai anak tetapi aku tidak pernah mencium mereka." baginda SAW pun menjawab, Allah Taala tidak merahmati mereka yang tidak merahmati insan yang kecil."

Jawatan suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Suami isteri yang berpegangan tangan atau bersalaman antara satu sama lain, maka dosa kecil mereka akan keluar melalui celah-celah jari mereka. Islam mengajar umatnya yang telah berkahwin saling bersalaman dan berpegangan tangan kerana segala dosa-dosa kecil suami isteri hilang disebabkan perbuatan tersebut

Berat jawatan ini.....satu jawatan yang telah dipegang hampir 17 tahun...

Jumaat, 21 Januari 2011

Syukur Alhamdulillah.....





Syukur alhamdulillah anakanda Amirul telah berjaya menghabiskan minggu orentasi. Tiga hari menitiskan airmata, akhirnya dengan kebijaksaaan guru serta kebaikan senior mampu mengubah segalanya. Kini Amirul mampu tersenyum, ketawa dan mampu bergerak dipentas SEMESRA.Kini ragbi menjadi sukan kesukaan, bola sepak tetap menjadi sukan pilihan. Teruskan perjuangan ayah tetap mendoakan. Tunjukkan kehebatan, kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum dan yang lebih penting sentiasa berbudi bahasa dan menuruti suruhan Allah.....

Sabtu, 15 Januari 2011

Allah menguji Cintamu......




Indahkan cinta kita jika ia bersenandung dalam lubang biawak? Cinta tetap sesegar mawar, biarpun tidak diraikan pada setiap 14 Februari kerana cinta pada yang tersayang bukan dibiaskan pada mawar. Kecantikan itu bukan dilihat dari sudut fizikal semata-mata tetapi kecantikan itu timbul dari hati, berserta kebaikan terhadap manusia dan kepatuhan kepada yang maha mencipta.Apabila datang perasaan semacam itu dihatimu…..sedarlah ketika itu Allah menguji cintamu! Allah bukan sahaja menguji cintamu kepadanya, tetapi menguji cintamu kepadaNYA. Pada ketika itu terujilah cinta kita, apakah benar-benar cinta kerana Allah atau cinta nafsu? Memang , orang yang paling dapat membuat dirimu marah ialah orang yang paling kita cintai. Jadi apabila kita diuji begini katakan pada diri, “ Oh, Tuhan kau sedang mengajarku erti cinta dan erti sabar.” Jika kita kalah , itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan diri kita sendiri. Bahagia bukan pada harta. Bukan pada rupa. Bukan pada status. Bukan pada yang bersifat duniawi. Tapi…..bahagia itu letaknya pada hati yang tenang. Hati yang meredai. Hati yang mensyukuri. Hati yang tunduk pada ILAHI. Itulah bahagia yang sebenar kekal abadi selamanya……..(Untuk mengingati diri sendiri dalam meniti usia agar kebahagian kurniaan Allah di syukuri…kelemahan dinsafi..)

Khamis, 6 Januari 2011

Melihat di sebalik tersirat...

Tatkala kita benci akan sesuatu, boleh jadi ia memberikan kebaikan kepada kita dan tatkala kita suka akan sesuatu, boleh jadi ia mengundang bencana. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. namun kadangkala manusia tidak melihat setiap yang tersirat di sebalik yang berlaku.Kadangkala emosi menguasai akal tatkala kita berada dalam kesusahan atau kekalahan. Oleh yang demikian, iman merupakan suluhan utama yang memberikan cahaya untuk melihat "kekurangan" sebagai kelebihan". Tanpa iman seseorang itu akan terus meratapi kekurangan atau kegagalan yang dialaminya tanpa dapat menukarkannya kepada peluang dan kejayaan. Kita perlu melihat sesuatu kesusahan, kekurangan, kekecewaan dan kekalahan dari sudut yang positif agar kita dapat menukarkan fikiran positif, kita dapat mengubah perkara yang lebih susah kepada sesuatu yang lebih produktif dan bermanafaat.