Reaksi Kita Menentukan Perasaan Kita

Selasa, 4 Mei 2010

DRAMA KANAK-KANAK DILIHAT DARI PERSPEKTIF PSIKOLOGI

Drama Kanak-Kanak Dilihat dari Perspektif Psikologi

Amran Bin Bakar
GS22069

Pernyataan Masalah

“Drama ini saya tulis untuk anak-anak yang dilanda kesedihan dan kesepian. Harapan saya moga-moga semua ibu bapa sedar akan keperluan anak-anak yang mereka lahirkan ke dunia ini. Kita orang dewasa, sering asyik dengan masalah sendiri sehingga terlupa bahawa anak-anak kita memerlukan lebih daripada pakaian dan makanan untuk berkembang dan membesar sebagai orang dewasa yang sempurna pada masa akan datang. Anak-anak kita perlu didedahkan kepada bentuk-bentuk kasih sayang, kemesraan dan pengorbanan supaya dapat mereka contohi apabila mereka besar kelak.”


Objektif Kajian

Mengenal pasti elemen-elemen psikologi yang terdapat di dalam drama kanak-kanak .
Melihat sejauhmana mana elemen-lemen drama kanak-kanak dapat menyumbang ke arah pembentukan personaliti kanak-kanak.

Metodologi Kajian

Makalah ini akan memusatkan kajian terhadap drama kanak-kanak berdasarkan 2 buah buku drama kanak-kanak iaitu Sri Ayu hasil karya Faridah Abdullah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun 1984 dan
Denda Manis karya Noraihan Abd. Rahman yang juga diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Relevan dan rasionalnya pengkaji memilih drama tersebut sebagai teks kajian adalah berdasarkan kesesuaian drama tersebut tersebut dengan kanak-kanak serta mempunyai nilai moral yang tinggi


Teori Kolbergh

Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif ialah mengemukakan dilema atau masalah moral berasaskan perkara-perkara berikut:
Persembahan dan pemahaman dilema moral
Menyatakan pendapat dan justifikasinya
Menilai sebab-sebab yang dikemukakan
Menyimpul sebab-sebab yang diberikan serta memberi sebab-sebab lain jika ada.


Peringkat-peringkat perkembangan moral ini boleh diringkaskan seperti berikut:
Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan.
Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi (ínstrument-relativist).
Peringkat 3: Orientasi harmoni antara peribadi (good boy / nice girl).
Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan peraturan.
Peringkat 5: Orientasi kontrak-sosial (social-contract legalistic).
Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat.

Dapatan Kajian

Keperluan kasih sayang

-Setiap individu memerlukan kasih sayang
-Kanak-kanak mempunyai keinginan disayangi
-Ibu bapa mengukur kasih sayang dengan hadiah.

Ayu
(Menangis dan menjerit sekuat hati.) Ibu, jangan pergi! Ibu, tidur dengan Ayu! Ibu, bacakan cerita! (Terus menangis.)

Ibu
(Tegas dan marah). Pergi tidur, sekarang juga! Cepat! Keluar dari sini! ( Hendak nenempeleng AYU sekali lagi

AYAH
Jangan pukul dia! Sudahlah tu. Cepatlah, kita ada setengah jam lagi.
Traffic jam lagi. Saya tak nak lambat, tak elok kalau boss mencari-cari
kita. Marilah. Ayu....tidur, ya? Selamat malam

Baik hati

-Gelaran budak baik sangat penting bagi kanak-kanak.
-Penting dalam kumpulan rakan sebaya
-kecenderungan menolong lebih dikenali dengan sifat alturistik


Baik hati

Bulat
Eh, Ayu! Ke mana kamu pergi? Ayah Ayu, ibu Ayu dan
polis sedang mencari Ayu.

Yam
Marilah kita balik.

Ayu
Tidak, saya tak mau balik

Abdul
Ayu mesti balik.

Ayu
Tidak! Ayu tak mahu balik. Ayu nak tinggal di sini


Berdikari

-berupaya bertindak sendiri
-sanggup melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
-belajar tentang kehidupan

Bulat
Ya, inilah sekolah kami.

Bulat /Abdul /Ah Kow

(Menyanyi bersama sama –Lagu Anak Jalan Raya.
Kami anak jalan raya,
Hari-hari nampak muka,
Anak lain tidur lena,
Kami bekerja sukarela

Memberi Pertolongan

-kanak-kanak lebih menumpukan kehendak dan perasaan sendiri
-dapat memuaskan hati dan perasaan orang lain dianggap baik

Bulat
Diamlah, Esah! Abang hendak kapal terbang abang balik! (kepada Ayu.) Hei, budak! Pergi cari tali.

Ayu
Nak buat apa?

Bulat

Ikutlah cakap saya dulu. Cari tali, ikat pada tiang tingkap.
Kamu menggelongsor ikut tali itu.


Nilai Kesedaran
-menghayati kandungan drama secara mendalam boleh membentuk sikap dan rasa sensitif sehingga menimbulkan keinsafan.
A. Teeuw berkata karya seni berupaya merubah diri manusia.
-

Ahmad
Eh, nenek Sihir, tolong, tolong, jangan suruh Mat kerja lagi,
Ahmad dan serik, Mat tak jahat lagi.

N. Sihir
(sambil ketawa) Nenek tahu, Nenek tahu kau tak jahat lagi
kerana itulah selimut itu terjatuh dengan sendirinya.
Jangan takut Nenek tak apa-apakan kau. Nenek rasa
sekarang kau telah sedar akan semua kesalahan kau.
Bagus, bagus.

Ahmad

Jadi, jadi Nenek tak marah lagi pada saya? Nenek tak
benci pada saya?

Perkembangan Sahsiah

-drama kanak-kanak dapat membentuk sikap ke arah lebih positif.
-drama dapat digunakan untuk memupuk sifat bekerjasama dalam masyarakat.
-pada peringkat umur 7 hingga 9 tahun kanak-kanak mula sedar akan perasan orang lain




Ibu
(Dengan suara meninggi marah) lalu sikit, Ayu! Ibu dah lambat ni. Kamu melambatkan lagi ibu dengan perangai kamu tu. Pergi tidur!

Ayu
Tak mau! Tak mau! Nak ikut! Nak ikut!

Ayah
(Dengan nada yang marah.) Ayu! Jangan degil! Dengar cakap ibu. Pergi tidur.
Ayah dan ibu nak ke majlis jamuan. Ayu tak boleh ikut.

Ayu
Tak mau! Nak ikut! Nak bercermin. Nak bersolek.....

Perkembangan sosial kanak-kanak

-satu proses memerolehan keupayaan untuk bertingkah laku seperti di kehendaki atau diharapkan masyarakat


YAM
Ayu, kami tak apa-apakah kamu. Janganlah takut. Kalau Ayu nak ikut kami, Ayu mestilah mengikut cara kami.
(SEMUA BUDAK – kecuali ESAH – sibuk mengotorkan AYU dan YAM mengoyakkan sedikit baju AYU.)

BULAT
Hah, tengok. Ayu kau pun macam kami sekarang.

AYU
Macam mana rupa saya?

ABDUL
Cantik betul. Macam.........


Kesimpulan.

Abad ini negara terus melangkah ke arah menuju negara
maju. Kitaperlu berhati-hati dalam melangkah ke arah ini kerana
dalam kita berurusan untuk, menjadi negara maju, kita masih
mahukan rakyat yang mempunyai nilai kemanusiaan dan spiritual
yang tinggi, yang mampu menangkis sikap pragmatik dan
kebendaan yang akan menghancurkan sesuatu tamadun

Kata Sendi Nama

Kata sendi nama “Di”

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah

1. Ibunya bekerja di sekolah itu.

3. Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan Singapura.

Kata sendi nama “di “ tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman.

Di zaman ini Pada zaman ini

Di waktu ini Pada waktu itu

Di saat ini Pada saat ni



Kata sendi nama “dari”

Kata sendi nama ‘ dari ‘ dgunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa.

Menunjukkan arah

1. Awak datang dari mana?

2. Saya datang dari kampung?

3. Mereka baru sampai dari Kuching.

Menunjukkan waktu atau masa

1. Kerajaan itu terkenal sejak dari kurun ke-18

2. Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari.

Kata sendi nama ‘daripada”

Kata sendi nama ‘daripada’ hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian benda.

Menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsure abstrak.

1. Ali menerima sepucuk surat daripada ibunya.

2. Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah

3. Cadangan daripada persatuan kami telah diterima.

Mernyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.

1. Benang berasal daripada kapas.

2. Aku tahu daripada siapa dia mewarisi paras yang cantik itu.

Menunjukkan sebahagian daripada semua.

1. Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

2. Seorang daripadanya bertubuh tinggi dan tegap.

3. Sebahagian daripada pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing.

Menunjukkan perbezaan atau perbandingan.

1. Ali lebih tinggi daripada Ahmad.

2. Dia lebih pendiam daripada abangnya.


Adalah atau ialah

Adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada dalam, daripada, dengan dan sebagainya.

Contoh.

1. Kursus adalah untuk …..

2. Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada 1 Jauari 2007.

“Adalah’ juga digunakan di hadapan kata adjektif, iaitu kata atau rangkai kata yang menunjukkan sifat sesuatu

Contoh,

1. Kenyataan itu adalah benar.

2. Ucapannya itu adalah terlalu panjang.

Kata Adalah tidak boleh digunakan pada awal ayat?

Contoh

1. Adalah dimaklumkan bahawa…… salah

Dengan ini dimaklumkan bahawa…. betul


Kata sendi dalam dan di dalam

Dalam

Kata sendi dalam digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian ‘ lingkungan yang tidak mempunyi ruang atau jarak.

contoh

1. Dalam hal ini, kita semua setuju.

2. Dia tidak terlibat dalam urusan perniagaan bapanya.

3. Persoalan itu bermain dalam fikirannya.

Di dalam

Kata Sendi “ di dalam” digunakan untuk menyatakan sesuatu yang konkrit. (ada ruang fizikal)

1. Duit saya hilang semasa di dalam teksi.

2. Buah-buahan itu diletakkan di dalam bakul.


Kata Kerja

1. Ali menghadiahi sebentuk cincin kepada tunangnya. - salah
Ali menghadiahi tunangnya sebentuk cincin -betul


2. Pekerja-pekerja itu sedang memperbesarkan jalan raya. -salah
Pekerja-pekerja itu sedang memperbesar jalan raya. -betul


Kata Sendi “oleh” dan “kerana “ tidak boleh digunakan bersama-sama.

1. Dia dimarahi guru oleh kerana tidak hadir sekolah -salah

2. Dia dimarahi oleh guru oleh sebab tidak hadir sekolah. -Betul


Kata Adjektif

Samad pelajar yang amat/paling/sangat tercerdik -salah

Samad pelajar yang tercerdik. -betul
Samad pelajar yang paling cerdik. -betul.

Pelajar itu paling pintar sekali -salah
Pelajar itu amat/ sungguh/ sangat pintar sekali -betul.

Kata Majmuk

Ada 15 bentuk Kata Majmuk yang sudah mantap dan eja dengan satu perkataan.

antarabangsa setiausaha
beritahu sukarela
bumiputera tandatangan
jawatankuasa tanggungjawab
kakitangan warganegara
kerjasama pesuruhjaya
olahraga suruhanjaya
matahari

Hukum D-M

1. Lain –lain hal salah
2. Hal-hal lain betul
3. Goreng keledek salah
4. Keledek goreng betul

Imbuhan

1. Beberapa bahagian kawasan pendalaman Sabah akan menerima kemudahan-kemudahan asas tidak lama lagi. salah

pedalaman bukan pendalaman





Kata hubung.

Kata hubung “apabila” selalu ditulis sebagai “bila”. Kata “Bila” adalah Kata Tanya.

Contoh.
Ibu tersenyum bila adik lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. -salah

Ibu tersenyum apabila adik lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. -betul.

Ahad, 2 Mei 2010


Bersama Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan semasa Syarahan Raja Ali Haji Tahun 2009 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajuk pembentangan ialah "Pantun dan kebijaksanaan Akal Budi Melayu" yang disampaikan oleh YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz.

Bersama Sasterawan Negara


Bersama Sasterawan Negara A. Samad Said semasa majlis Anugerah Nilam Kebangsaan pada tahun 2007 yang telah diadakan di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Menjadi guru pengiring peserta dari Negeri Sembilan.

Sabtu, 1 Mei 2010

Cetusan rasa...

Dalam hidup ini, kadang-kadang kita diberi peluang. Namun bukan semua peluang itu mampu untuk kita miliki. Kadang kala kita terpaksa melepaskan peluang itu. Peluang yang datang kadang kala hanya sekali, namun ada juga yang berkali-kali. Dalam hidup ini pengorbaan amat perlu untuk mencapai sesuatu.