Reaksi Kita Menentukan Perasaan Kita

Rabu, 25 Mei 2011

Mulakan hari dengan senyuman

Bermula dari hari ini, setiap kali bangun pagi mulakan dengan seyuman untuk diri sendiri, kemudian barulah kepada orang lain. Senyum tanda syukur pada nikmat Allah. Jadikan senyum dan pujian perkara penting yang sentiasa berada di bibir mulut. Senyum adalah sedekah paling mudah diberi kepada orang, tidak perlu modal dan murah. Senyum membeli hati semua orang, mencerminkan kejernihan hati. Kita senyumlahlah ibarat bayi, kerana semua orang suka jika bayi tersenyum. Sebagai seorang guru apabila kita mengajar suasana yang gembira, banyak senyuman maka murid akan lebih cepat belajar. Senyuman adalah terapi minda untuk memulakan hari yang baik. Begitu juga sebagai ketua jabatan, senyumlah, kerana senyuman itu akan memotivasikan pekerjanya.....

Khamis, 19 Mei 2011

Sabar Itu Indah


Sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kesukaran. Sabar itu laksana sinar matahari. Meskipun sinar matahari itu panas dan tidak menyelesakan, manusia memerlukannya untuk pelbagai urusan seperti mengeringkan pakaian. Bagi tumbuhan pula sinar matahari itu menjadi sumber untuk membina makanan. Bumi pula akan suram tanpa sinar matahari. Itulah ibaratnya sifat sabar. Kita memerlukan walaupun ia mengagih sedikit kesusahan. Sabar itu sememangnya indah!

Selasa, 17 Mei 2011

Suis Induk bagi Ketenangan

Allah memberikan kepada seseorang itu sedikit kelebihan agar dapat diagihkan kepada yang kurang upaya. Sebagai gantinya Allah akan memberikan ketenangan bersama kelebihan tersebut. Tanpa anugerah itu, kelebihan yang sedang dikecapi mungkin menjadi mala petaka. marilah melebarkan daerah pandangan keluar daripada daerah selesa dan memerhatikan ke wajah mereka yang daif. Pada mereka ada habuan buat kita dengan memberikan bantuan bagi memperoleh ketenangan selari dengan solat yang khusyuk dan rantaian zikir serta amalan yang memperkukuhkan hubungan dengan Allah. Itulah suis induk bagi ketengan hati!

Khamis, 12 Mei 2011

Keajaiban kata-kata.

Melalui perkataan yang kita ucapkan ia akan menjadi satu kenyataan dan membentuk kehidupan kita berdasarkan pemikiran kita. Kenyataan ini disokong pakar komunikasi dengan mengatakan perkataan mempunyai kuasa ajaib yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang. Perkataan yang keluar daripada mulut amat berpengaruh dalam kehidupan. Selain itu perkataan boleh mengubah emosi dan membuat manusia bertindak serta menggambarkan budaya hidup. Nabi pernah berpesan dan mengajar kita menggunakan perkataan yang baik-baik kerana ia dapat menghubungkanrasa kasih sayang dan memotivasikan seseorang bagi menuju kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh itu individu yang yang berjaya adalah mereka yang mempunyai harga diri tinggi dan berfikiran positif manakala, individu yang gagal mempunyai harga diri rendah serta sentiasa berfikiran negatif.

Selasa, 10 Mei 2011

Mendapat Hikmah Apabila Diuji

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan. Bagi orang yang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yangbaik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangi-NYA sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkat darjat

Isnin, 9 Mei 2011

Ketabahan.....


Ketabahan dan ketakwaan diri

apabila diuji dengan dugaan....

Sahabat yang dikasihi, sesungguhnya sesudah kesulitan it pasti ada kemudahan. Setelah titisan airmata pasti ada senyuman dan setelah malam akan datang siang, segala masalah pasti teratasi dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau akan diganjari pahala.

Firman Allah S.W.T :

' janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah ( pula) kamu besedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

terdapat beberapa amalan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan harian kita :

Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit ucaplah:

Laa Ilaha Illallah-

Tiada Tuhan yang disembah sebenar-benar melainkan Allah

Apabila semua jalan terasa buntu maka fikir-fikirkanlah janji yang ada dalam Alam Nashrah ( surah al-Insyirah), ketakwaan adalah jalan keluar dari kebingungan maka ucaplah :

Inna lillahi aa inna illaihiraji'un-

sesungguhnya dari Allah kita datang dan Sesungguhnya kepada Allah kita kembali.

Dan apabila mengalami kesedihan serta kesakitan maka ucaplah :

Lahaulawala kuwwataillabillah-

Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah.

Berimanlah kepada ketentuan ( qada') dan taktir (qadar) merupakan peranan yang sangat penting dalam membentuk ketenangan hati ketika ditimpa musibah. Tidak semua orang benar-benar kuat menerimanya. Bersyukurlah kepada Allah adalah salah satu perkara yang paling baik dan mudah untuk meraih kebahgiaan dan bebas daripada stress.