Reaksi Kita Menentukan Perasaan Kita

Rabu, 31 Ogos 2011

Buah yang dilupakan.................





Mungkin ramai generasi baru kini tidak tahu akan buah ini. Jauh sekali pernah memakannya. Sama jugalah nasibnya kad hari raya, sudah jauh ditinggalkkan tradisi, mengirim kad raya. Sampai satu masa nanti akan pupus tradisi ini. Hari raya ini mengimbau kenangan membaling buah ini. Berbekalkan sebatang kayu. Dengan tenaga yang ada membaling untuk menjatuhkan buah ini yang jauh dipuncak pokok. Untuk memanjat, pastinya sukar dengan batang yang besar. Siapa yang dapat menjatuhkan buah ini dengan banyak, dialah yang paling hebat. Malah ada yang lebih kreatif menggunakan batang besi yang dikerat. Itulah keseronakkan anak-anak kampung. Masa telah berlalu, masa juga yang banyak mengubah segalanya. Hari ini tugas kita untuk mengenalkan pula kepada anak-anak kita. Ini buah apa ayah...jawapan ku "Buah Sentul".

Ahad, 21 Ogos 2011

Berani Hadapi Kegagalan....

Kalah atau menang bukanlah urusan kita, tetapi yang penting adalah kemapuan kit untuk mengmbil manfaat dari setiap kejadian yng menimpa kita. Walaupun sering ditimpa kegagalan, kita harus sentiasa memiliki semangat untuk bangun semula, berani untuk mengharungi kegagalan. Kita harus mengenal potensi dan menghargai diri sendiri. Kita juga harus kenal dan mencari punca-punca kita sering gagal. Kegagalan lebih banyak memberi manfaat kepada kita untuk menuju kejayaan. Kegagalan merupakan pengalaman yang bermanafaat.

Selasa, 2 Ogos 2011

Tinggalkan hasad....pupuk kehormonian.

Hasad boleh difahami pada pengertiannya ialah hati rasa derita atau tidak senang dengan nikmat dan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain dan dia berusaha untuk menghilangkan nikmat daripada orang tersebut.Orang yang mempunyai hasad akan sentiasa dipanggang keresahan yang sangat menyeksakan. Kesan daripada hasad akan lahirlah dendam kesumat, umpat kata, fitnah dan adu domba serta seribu satu macam kejahatan yang akan memporak-perandakan kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Oleh itu marilah kita berusaha membebaskan hati dari penjajahan hasad dan kedengkian. Kita harus membina kesejahteraan dan menyuburkan mahmudah dan ketakwaan. :Tingggalkan sifat hasad, nescaya tenanglah hatimu".