Reaksi Kita Menentukan Perasaan Kita

Ahad, 27 November 2011

Kejayaan tak diurus bersungguh-sungguh boleh temui kegagalan

Kejayaan tak diurus bersungguh-sungguh boleh temui kegagalan. Kejayaan adalah matlamat hidup kita di dunia dan akhirat. Bak kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Sering kali kita terlupa bersungguh-sungguh bukan sekadar mencapai kejayaan tetapi bersungguh-sungguh juga dalam mengekal dan meningkatkan kejayaan yang sudah di genggaman. Kejayaan yang tidak diurus secara bersungguh-sungguh boleh menemui kegagalan. Mengekalkan kejayaan adalah lebih sukar dari membinanya. Ada juga yang mengatakan bahawa mengurus kejayaan adalah lebih sukar daripada menguruskan kegagalan. Kejayaan kadangkala menyebabkan kita terlupa untuk menghormati, menjadi kurang produktif seperti leka, lalai, malas serta sombong. Inilah sifat negatif yang membunuh kejayaan. Oleh itu sangat penting sebagai pengurus amalan memberi insentif, penghargaan dan pengiktirafan adalah perlu. Amalan ini mampu mengekalkan bakat, minat, kesungguhan, dedikasi, komitmen dan mencontohi kejayaan sebagai budaya hidup. OLEH ITU KEJAYAAN YANG TIDAK DIURUS DENGAN BAIK BOLEH MENGUNDANG KEGAGALAN, MANAKALA KEGAGALAN YANG BERJAYA DIURUS DENGAN BAIK BOLEH MENGUNDANG KEJAYAAN.