Reaksi Kita Menentukan Perasaan Kita

Khamis, 28 April 2011

Kehidupan

Dalam kehidupan kita ini kita sering diberi pilihan. Untuk memilih kita perlu berkorban. Hidup bukan sekadar untuk diri sendiri, hidup juga untuk orang lain disekeliling kita. Berapa banyak yang kita kejar, tidak semua yang kita akan dapat malahan mungkin ada yang bertaburan dijalan.Lalu kita cuba mengutip satu persatu, tapi adakalanya kita akan tercicir. Jadi kita harus berfikir dan berhenti sejenak, merenung, memerhati dan bertanya pada diri sendiri..... Apakah yang tercicir itu? Besar sangatkah yang tercicir itu? Setiap gerak rasa itu sebenarnya Allah juga yang tentukan, sudah tertulis. Hanya sebab dan musabab yang dibicarakan oleh manusia biasa.Jadi biarlah apa yang berlalu itu jadi pemangkin untuk mencapai kejayaan.

Ahad, 17 April 2011

Bercakap Besar Vs Berkongsi Rasa

Bercakap besar dan berkongsi rasa adalah dua perkara yang berbeza. Bercakap besar ialah menyampaikan kejayaan-kejayaan diri dengan wajah riya, seolah-olah kita sahaja yang boleh mendapat atau mampu melakukan sesuatu. Berlainan dengan berkongsi rasa yang menceritakan atau membicarakan kejayaan-kejayaan yang dilalui dengan penuh rasa keinsafan. Bukan untuk menunjuk tapi dengan harapan agar pendengar dapat mencontohimya. Jika kita berfikiran positif, bersangka baik, pasti kita akan memperolehi manafaat daripada apa yang didengar. Tapi sebaliknya jika kita berfikiran negative. Barangkali kerana bimbang dikatakan sebagai bercakap besar, kita lebih banyak berdiam diri. Kita seharusnya berkongsi rasa. Tidak perlulah bimbang jika dianggap bercakap besar kerana niat kita untuk berkongsi ilmu.

Sabtu, 9 April 2011

Cemburulah agar cinta lebih ghairah...

Cemburu itu ibarat pemanis dalam secangkir kopi, manis sangat jadi penyakit, kalau pahit pun tak rasa nikmat. Cemburulah dengan berpada-pada mengikut keperluan untuk membangkitkan ghairah cinta. Cemburu kepada pasangan supaya dia berasa sangat disayangi, tapi jangankah berlebihan. Tiada pasangan yang tidak pernah terusik hatinya kerana cemburu. Maka silalah cemburu jika mengghairahkan anda berdua.