Reaksi Kita Menentukan Perasaan Kita

Khamis, 10 Februari 2022

Estim

 

Estim adalah sebahagian daripada unsur dalam konsep diri bilamana estim adalah bahagian yang menilai diri sendiri. Dalam bahasa yang mudah, estim adalah sejauhmana seseorang individu itu menerima, menyukai dan menghargai dirinya sendiri. Oleh itu, estim mempunyai perkaitan rapat dengan keadaan sejauhmana seseorang individu itu meletakkan dirinya sendiri dalam suatu keadaan yang merasakan bahawa dirinya dihargai oleh orang lain mahupun tidak.

Estim mempunyai kaitan yang amat kuat dengan keyakinan diri dan kejayaan. Kata-kata guru mempunyai kesan yang besar kepada estim murid-murid di mana dengan menggunakan kata-kata seseorang guru dapat meninggikan mahupun menjatuhkan estim murid-muridnya. Oleh itu, guru merupakan pendorong kepada murid-murid.

Kita juga menerima bahawa kita bukan hanya sudah melakukan banyak perkara yang baik dan bijaksana, tetapi juga pernah melakukan perkara-perkara yang bodoh dan tidak bijaksana. Kita dapat mengakui ada masanya kita berjaya, tetapi ada masanya kita gagal kerana tersilap.