Estim adalah sebahagian daripada
unsur dalam konsep diri bilamana estim adalah bahagian yang menilai diri
sendiri. Dalam bahasa yang mudah, estim adalah sejauhmana seseorang individu
itu menerima, menyukai dan menghargai dirinya sendiri. Oleh itu, estim
mempunyai perkaitan rapat dengan keadaan sejauhmana seseorang individu itu
meletakkan dirinya sendiri dalam suatu keadaan yang merasakan bahawa dirinya
dihargai oleh orang lain mahupun tidak.
Estim mempunyai kaitan yang amat
kuat dengan keyakinan diri dan kejayaan. Kata-kata guru mempunyai kesan yang
besar kepada estim murid-murid di mana dengan menggunakan kata-kata seseorang
guru dapat meninggikan mahupun menjatuhkan estim murid-muridnya. Oleh itu, guru
merupakan pendorong kepada murid-murid.
Kita juga menerima bahawa kita
bukan hanya sudah melakukan banyak perkara yang baik dan bijaksana, tetapi juga
pernah melakukan perkara-perkara yang bodoh dan tidak bijaksana. Kita dapat
mengakui ada masanya kita berjaya, tetapi ada masanya kita gagal kerana tersilap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan