Peribadi yang berguna ialah peribadi yang percaya akan kekuatan dirinya, akalnya, perasaannya dan kemahuannya.
Apabila kita percaya kepada diri sendiri, kita akan mengenal di mana kesanggupan kita. Ini akan menjadikan kita tahu apa yang dapat dilakukan.
Apabila kita percaya kepada dirinya sendiri segala perkara yang kita lakukan akan dapat dikerjakan dengan tekad untuk beroleh kejayaan dalam segala tindakan. Oleh itu, kita perlu mencabar diri kerana cabaran itu akan dapat menjelmakan potensi diri. Mencabar diri bukan semudah menerima cabaran orang!
Jumaat, 26 April 2019
Ahad, 14 April 2019
Kita harus memulakan langkah.....
Sudah menjadi lumrah apabila kita mencuba sesuatu perkara
yang baru, mungkin akan terjadi dua perkara ini. Mungkin kita akan berjaya
atau akan berlaku kesilapan samada besar
atau kecil. Kita tidak perlu gusar kerana daripada kesilapan itulah kita
berlatih untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Kita tidak perlu takut untuk
membuat kesilapan. Jika takut bermakna kita tidak akan pernah mencuba perkara
yang baru.
Kita seharusnya seperti ini;
Ketika orang lain berhenti, kita harus memulakan
langkah.Ketika orang lain mula memulakan langkah kita harus berlari. Apabila
orang lain mula berlari. Kita sudah sampai destinasi. Apabila orang lain mulai
sampai. Kita berehat. Yang lebih penting apabila mereka berehat, kita harus
memulakan langkah.
Kenapa: Kita seharusnya selangkah ke hadapan.
Rabu, 10 April 2019
Kita juga pandai....
Sebenarnya tiada murid yang dilahirkan tidak pandai. Semua murid memang pandai. Cuma tahap kepandaian setiap murid memang berbeza. Setiap murid mempunyai kelebihan masing-masing yang sebenarnya saling melengkapi. Mungkin ada yang bijak dalam bidang pelajaran dan ada yang mahir dalam bidang permainan. Setiap kelebihan perlu dicungkil serta diasah agar kelebihan ini dapat memberi manafaat kepada diri serta orang lain. Kekurangan diri kita sendiri harus dilengkapkan dengan kelebihan orang lain dan sebaliknya.
Selasa, 9 April 2019
Ilmu itu perlu diadun......
Berpeluang untuk menghadiri Bengkel Pembelajaran Taradun dalam PdPc BM. Banyak ilmu yang diperolehi dalam suasana yang amat santai. Tiada tekanan. Cuma hari ini agak terkilan apabila beg laptop tertinggal di rumah. Tapi dalam zaman teknologi dihujung jari ini bukan satu masalah yang besar. Telefonkan ada. Gunakanlah.
Jika kita inginkan sesuatu walaupun dalam serba kekurangan kita boleh mengatasinya. Berfikirlah. Dalam hidup kadang kala kita banyak memberi alasan. Alasan untuk menutup kekurangan. Semua manusia memang ada kekrangan tapi itu bukan alasan untuk kita ketinggalan.
Isnin, 8 April 2019
Sampah
Ku lihat kanak-kanak itu berlari.....
Mengejar lori sampah,
Penuh sarat segalanya,
Tiada yang menjijikkan
Juga tidak meloyakan.
Cebis roti dimakan, air kotak disedut
Untuk menghilangkan lapar dan dahaga.
Dengan sampah mereka hidup,
Timbunan sampah dunia mereka,
Siapa kata mereka sampah,
Tidak pernah mengemis,
Jauh pula untuk meminta-minta.
Cuma dalam hidup ini,
Aku sering bertanya.
Siapa sampah sebenarnya.......
Langkah ini akan bermula semula......
Entah kenapa tiba-tiba terdetik semula untuk menulis. Banyak rakaman pengalaman yang hendak dikongsi. Tidaklah hebat, hanya sekadar catatan biasa untuk diri yang biasa ini. Kadang kala idea yang terlintas, hanya sekadar rakaman dalam diri sendiri. Kadang kala kita terasa jahil akan sesuatu ,namun bak kata ahli hikmah, "Biarlah terasa jahil untuk seketika daripada jahil buat selamanya". Dalam membuat keputusan kita harus percaya dalam diri sendiri. Bukan untuk menegakkan benang yang basah namun seperti kata Hamka, "Orang yang percaya kepada dirinya sendiri tidak berasa hina apa yang dikerjakannya, bahkan dia ingin beroleh kemajuan dalam pekerjaannya itu".
Langgan:
Catatan (Atom)