Reaksi Kita Menentukan Perasaan Kita

Sabtu, 2 Februari 2013

Terima kasih anak-anak ayah....

Terima kasih anak-anak ayah kerana mengingati hari kelahiran ayah yang ke-44. Ingatan ini sungguh besar maknanya bagi ayah. Banyak perkara yang ayah belajar. Walaupun dalam ketawa menerima hadiah tapi ada besar maknanya yang hanya ayah yang dapat menyelaminya. Hebat perasaan sebagai seorang ayah.....hanya orang yang bergelar ayah akan memahaminya.....Terima Kak Long, Angah dan Adik Aiman. Terima kasih mama..............sukar untuk ungkapkan...

Khamis, 20 September 2012

Inilah buah saga............

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa

Isnin, 23 Julai 2012

Percayalah pada diri sendiri

Kepercayaan diri sendiri merupakan kunci kejayaan dalam kehidupan. Orang yang percaya terhadap kemampuan dirnya akan mampu melakukan segala sesuatu dalam kehidupannya. sebaliknya, orang yang tidak percaya terhadap dirinya sendiri tidak akan mampu dan tidak mungkin melakukan sesuatu. Untuk merealisasikan sesuatu kerja, diperlukan kesiapan diri sebagaimana diperlukan kesiapan mental. Dengan kata lain, setiap kerja memerlukan rasa percaya diri yang ditingkatkannya sama dengan keyakinan bahawa kerja tersebut dapat dilakukan dan dilaksanakan.

Jumaat, 9 Disember 2011

Buang duri dalam diri....

Kita perlu kenal dan meneroka diri untuk melihat kekuatan dan kekurangan diri kekuatan yang kita ada seharusnya mendorong kita menjadi insan yang cemerlang. Kelemahan diri kita pula menjadi pemangkin untuk kita memperbaiki diri agar keluar daripada kepompong kelemahan itu. Kekecewaan tidak harus ada dalam diri jika melihat orang lain lebih awal mengecapi kejayaan, namun kita harus berbangga jika kita mampu berjaya dengan hasil usaha kita sendiri. Itulah sebenarnya kejayaan yang hebat dalam diri kita sendiri. Kesukaran dalam perjalanan mengecapi kejayaan itu akan menjadikan kita lebih hebat. Tidak perlu kita cemburu dengan kejayaaan orang lain, seharusnya kita menjadikan kejayan orang lain sebagai pemangkin kejayaan kita. Itulah yang sebaik-baiknya……

Ahad, 27 November 2011

Kejayaan tak diurus bersungguh-sungguh boleh temui kegagalan

Kejayaan tak diurus bersungguh-sungguh boleh temui kegagalan. Kejayaan adalah matlamat hidup kita di dunia dan akhirat. Bak kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Sering kali kita terlupa bersungguh-sungguh bukan sekadar mencapai kejayaan tetapi bersungguh-sungguh juga dalam mengekal dan meningkatkan kejayaan yang sudah di genggaman. Kejayaan yang tidak diurus secara bersungguh-sungguh boleh menemui kegagalan. Mengekalkan kejayaan adalah lebih sukar dari membinanya. Ada juga yang mengatakan bahawa mengurus kejayaan adalah lebih sukar daripada menguruskan kegagalan. Kejayaan kadangkala menyebabkan kita terlupa untuk menghormati, menjadi kurang produktif seperti leka, lalai, malas serta sombong. Inilah sifat negatif yang membunuh kejayaan. Oleh itu sangat penting sebagai pengurus amalan memberi insentif, penghargaan dan pengiktirafan adalah perlu. Amalan ini mampu mengekalkan bakat, minat, kesungguhan, dedikasi, komitmen dan mencontohi kejayaan sebagai budaya hidup. OLEH ITU KEJAYAAN YANG TIDAK DIURUS DENGAN BAIK BOLEH MENGUNDANG KEGAGALAN, MANAKALA KEGAGALAN YANG BERJAYA DIURUS DENGAN BAIK BOLEH MENGUNDANG KEJAYAAN.