Reaksi Kita Menentukan Perasaan Kita

Khamis, 16 September 2010

Menyimpul yang kusut

Menyimpul yang kusut perlukan masa. Masa akan beredar sering dengan ketabahan dalam lubuk jiwa. Yang penuh dengan rasa yang sukar untuk dirasai. Ketabahan yang perlukan pengorbanan. Pengorbanan yang perlu ketabahan. Seiring, satu jalan satu tujuan juga satu matlamat.Dalam meneroka pengharapan yang berdekad, kesabaran akhirnya dibalas kesyahduan. Tiada yang silap dalam meneroka kisah silam, kisah yang pasti penuh hikmah, penuh kenikmatan yang berlapik onak dan duri kehidupan. Yang akan mematangkan, yang akan menjadi pendinding untuk menuju ke arah hadapan. Sesungguhnya kuasa Allah itu besar dalam mengharungi kehidupan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan