Reaksi Kita Menentukan Perasaan Kita

Jumaat, 18 Februari 2011

Perkara yang kita lupakan....

Banyak perkara yang kita alami seketika dahulu kini hanya tinggal serpihan kenangan bagi generasi kini. Kanak-kanak pada hari ini sudah terlalu jauh dengan permainan tradisi. Jika dahulu kita pernah bermain galah panjang. Memang seronak, bersama rakan di waktu petang. Jika musim berubah kami akan bermain pula polis sentry. Memang berharga pengalaman itu. Kanak-kanak zaman dahulu kreatif, bermain perang-perang menggunakan senapang yang dibuat daripada papan. Pelurunya sejenis buah yang dipanggii “terung pipit”. Meredah hutan, meredah sungai, membuat kubu. Penat bermain senapanag patah, bermain pula senapang buluh. Pelurunya pasti buah “cenderai” . Habis baju kalau terkena getah cenderai. Yang hebatnya bunyi senapang buluh itu sungguh menakjubkan. Jika ketika itu sukan hoki sedang berlangsung, maka kayu daripada dahan pokok atau akar kayu digunakan sebagai kayu hoki. Bola hoki pula daripada ‘’tali getah” torehan pokok getah yang dililit sampai bulat. Memang hebat rasanya ketika itu. Dapat menghasilkan permainan dengan hasil kreativiti bersama. Sekarang ini sukar untuk melihat kanak-kanak bermain konda-kondi. Sebatang kayu (dipanggil ibu) yang panjangnya sehasta dan anaknya panjang sejengkal. Jika sekarang kanak-kanak membeli layang-layang tetapi dahulu kami membuatnya sendiri. Menggunakan sehelai surat khabar, lidi, atau buluh dan gamnya pula dari tepung kanji atau pelepah pokok sagu. Sekarang ini agak sukar kalau kita hendak melihat kanak-kanak membuat sendiri gasing. Pastinya dahan pokok limau akan menjadi sasaran. Batang pokok limau ini liat dan sesuai dijadikan gasing. Kalau sekarang kanak-kanak bandar khasnya bermain boling, pada zaman dahulu kanak-kanak bermain boling juga tetapi tin-tin susu dijadikan sasarannya. Pembalingnya pula ialah selipar Jepun. Kreatifkan. Itulah antara kenangan yang sukar untuk kita lupakan semasa bergelar kanak-kanak. Seharusnya sebagai seorang ibu bapa, guru kita harus dedahkan semua ini kepada kanak-kanak generasi ini supaya tidak pupus ditelan zaman……….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan