Sesuatu perkara yang berlaku ada
hikmahnya. Mungkin kita berasakan satu bebanan untuk melalui detik-deik yang
kita anggap sukar dalam kehidupan. Kita perlu tahu bahawa sesuatu kesusahan
yang berlaku itu sebenarnya membawa hikmah disebaliknya. Mungkin kita akan
menjadi lebih kreatif dalam menjalani kehidupan yang memerlukan kita bertindak dalam membuat sebarang
keputusan.
Dalam melalui detik kesukaran
ini, kita mungkin dapat mengeluarkan segala bakat terpendam yang ada dalam diri
atau kita akan mencuba sesuatu yang sebelum ini kita tidak mampu lakukan.
Mungkin
dahulu kita tidak pernah untuk
menjengeh tanah sekangkang kera di belakang rumah. Hari ini kita mulakan
tanaman dan kita akan kutip hasilkan kemudian. Kita akan berasa puas. Kepuasan
ini akan menjadi kita lebih berminat dan akhirnya menjadi satu amalan dalam
kehidupan.
Semua yang berlaku ada sisi
kebaikannya walaupun dihantar dengan satu DUGAAN. Terpulanglah kepada kita
untuk menjadikan dugaan ini satu permulaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan