Dalam kehidupan kita terlalu banyak memikirkan ketakutan yang akan menyebabkan
kegagalan. Sebenarnya pemikiran sebegini tidak akan mempersiapkan diri kita
untuk menghadapi tentangan. Rasa takut akan menjadikan diri kita tidak mampu
untuk mengatasi ketakutan itu kerana kita tidak pernah berusaha untuk
menghilangkan rasa ketakutan itu. Itulah masalah yang ada pada diri kita
sebenarnya. Kita akan membawa rasa takut itu dalam kehidupan, walaupun
sebenarnya rasa itu boleh diatasi.
Tindakan yang positif perlu dengan
mengabaikan rasa takut itu dan mengejar matlamat yang harus kita capai untuk
membuktikan hidup ini bukan dipenuhi dengan angan-angan. Kegagalan kita bukan
tidak mampu tetapi disebabkan rasa takut. Ketakutan terus menyelimuti diri kita
hingga kita kehilangan keberaniaan untuk berbuat sesuatu. Kita perlu menerima
kelemahan diri kita sebagai sebahagian daripada kehidupan namun kelemahan itu
bukan penghalang untuk mengejar keinginan.
Beri kesederan untuk melihat potensi diri
BalasPadam